Isnin, 20 Disember 2010

Kini menjelma semula

Dah sekian lama menghilang hari ni muncul semula. Tetiba teringat nak menjengah semula, dah lama sangat hilangnya bukan apa nak menulis pun tak ada idea,tak pe esok masih ada selagi kita mase dipinjamkan nyawa .....mudah2an masih ada kesempatan lagi.

Ahad, 20 Jun 2010

Khamis, 3 Jun 2010

SEKADAR PENGHILANG RESAH DIDADA

Dah lama benar mak wan tak menulis, ialah blok ni pun sekadar tempat melepaskan resah gelisah didada, makwan sekarang dah jd macam orang betapa duduk umah dari pagi sampai senja mana tak resahnya, dulu sentiasa bersama sahabat2 ada aje progrem yg boleh makwan serta dpt jg ilmu dan petua tapi sekarang sekadar apa yang ada, ape2 pun makwan rasa syukor kerana masih lagi boleh berhubongan dgn kawan2 dialam maya walau pun tak seseronok bertemu muka. Walau pun dunia tanpa sempadan boleh dilayari kemana saja ke kuliah, keceramah atau belibelah tp tetap tak sama kita berada dialam nyata. Yang malangnya mak wan tak dapat berhubungan dgn sahabat2 yang selalu bersama2.........namun begitu makwan berdoa kepada Allah,Ya Allah kau berilah aku peluang moga2 aku dapat kembali bersama2 sahabat2 ku walaupun tak sekerap mana,dapat terus membantu perjuangan jemaah walaupun tak seberapa...AMIN AMIN YA RABULAALAMIN

Khamis, 22 April 2010

ZAMAN BERALIH CUACA BERUBAH

Zaman beralih cuaca berubah,Alam bertukar rupa, Lautan munkin jadi daratan, Enam ribu tahun bukannya lama, Hidup ikutlah aliran zaman namun, Akhirat jangan kamu lupakan. Bila kamu menungkah arus, Ingat jaga sampan jangan terbalik, Nyawa dan zuriat harus diurus, Tentukan pendayung sentiasa terbaik, Ilmu dan iman mesti seiring.Andai ribut datang melanda, Hati tabah cekal berani, Mati dan hidup usah diduga, ALLAH sentiasa bersama disisi, Halangan dan rintangan pasti dilepasi

Isnin, 19 April 2010

Dalam duka ada ria

asalamualaikum, lama benor makwan tak masuk alam maya, rindu pulak nak menjengok jendela sahabat2.Apa2 pun terimakasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang masa kena ribut dulu dalam duka adaa ria rianya mak wan kerana masih ada ramai sahabat yang cakna hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Sabtu, 27 Februari 2010

TETAMU DARI JAUH

Asalamualaikum sempena Maulid ur rasul hati makwan rase gembira sangat, maklumlah mengingati hari kelahiran junjungan kita dimerata2 tempat ada perarakan bukan main meriah kabarnya ada berarak mamat sama mamat, minah sama minah, ada juga mamat dan minah berarak sekali sambil berselawat riuhrendah begitulah tridisinya dinegara kita kalau tak dapat berarak ramai yang marah bagi makwan berarak elok kalau tak bercampur gaul mamat ngan minah ceramah lagi elok tp kalau dibuat becampur gaul juga semuanya tak elok. Makwan tak kemana2 berarak tak dengar ceramah pun tak duduk kat rumah berceramah dan berselawat ngan cucu ajelah memang itulah rutin keja makwan.Hari ni hari yang kurang baik bagi makwan tokaki jatuh tiba2 dah tak boleh bangun bedeeh juga makwan mengangkatnya naik kekerusi roda maklumlah berat 68kg sedangkan makwan 40kg nasib ada kerusi roda nak membawak masuk bila dah letak dikatil termenung makwan memikir nak menjaganya...dalam makwan sibuk memikir sambil melayan cucu nak memasak lagi tiba2.....sebuah wira merah memakai no plat singapura berhenti depan rumah,,,, lagi kelamkabut mak wan TETAMU DARI JAUH SAMPAI baru semalam makwan sebut2 dengan anak2 esok munkin makteh singapura balik sebab makngah buat kenduri kawin kedua2nya sepupu makwan, hilang susah hati makwan sekejap TAPIII!!!!!!!!! TETAMU YANG SATU TU TAK BALIK JUGA....sampainya hati dia....bukannya apa saja nak jumpa sebab dah lama tak jumpa...nzk buat macammane....angan2 makwan nak pegi kenduri pun terpaksa dibatalkan juga itulah KITA HANYA MERANCANG YANG MENENTUKAN ADALAH ALLAH dan lagi ingatlah semua anakcucu,sahabat andai, rakan taulan diluar sana apabila KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG dan RANCANGAN ALLAH ADALAH YANG PALING TERBAIK UNTUK KITA.

Isnin, 15 Februari 2010

tenggelam timbul

ASSALAMUALAIKUM apakabo anda seme dah lama betoi tak nulih disini bukan ap a dah ada masalah nak buat gone tp tak pelah yg TENGGELAM DAH TIMBUL balik tu kira oklah.Ari ni rumah makwan meriah sikit maklumlah cuti taun baru walaupun yang raya org cina tp org melayu ni bisalah kita ni kan suka memeriahkan suasana, anak makwan seme ada kt umah kecuali sorang yelah walaupun ramai org amik peluang bila ada cuti balik umah ibubapa ada juga yg sibuk dan tak bpeluang makwan rase sedih jg bila ingat kat dia maklumlah mak ngan anak tentulah rindu klu lma tak jumpa tu makwan doakan mudahan dia sentiasa sehat dan bahgia. Sebut pasal tenggelam timbul ni ada banyak benda yang tenggelam tak boleh timbul contohnya besi tp ade juge benda yang tenggelam boleh timbul macam buah kelapa mula jatuh keair tenggelam pastu timbul tp yang pasti benda timbul payah nak tenggelam nak tau kata cucu makwan lu pikirlah sendiri ...lagi dia kata makwan ni dah tua!! makwan pikir betul jg dah tua maknanya dah nak tenggelam tp selagi makwan daya makwan usaha untuk timbul nak besama ngan anakcucu tp bila dah sampai masa tenggelam tentulah ia tenggelam jg weh pilu pulok bila kenang2kn masa tu tak guna dah weh ingat2lah anakcucuku.MORAL DARI CITA INI INGATLAH MASA MASIH TIMBUL TU AMIKLAH PELUANG NAK BUAT APE2 PUN BILA DAH TENGGELAM NANTI WASSALAM JE LAH....MUDAH2AN JUMPA LAGI