Sabtu, 27 Februari 2010

TETAMU DARI JAUH

Asalamualaikum sempena Maulid ur rasul hati makwan rase gembira sangat, maklumlah mengingati hari kelahiran junjungan kita dimerata2 tempat ada perarakan bukan main meriah kabarnya ada berarak mamat sama mamat, minah sama minah, ada juga mamat dan minah berarak sekali sambil berselawat riuhrendah begitulah tridisinya dinegara kita kalau tak dapat berarak ramai yang marah bagi makwan berarak elok kalau tak bercampur gaul mamat ngan minah ceramah lagi elok tp kalau dibuat becampur gaul juga semuanya tak elok. Makwan tak kemana2 berarak tak dengar ceramah pun tak duduk kat rumah berceramah dan berselawat ngan cucu ajelah memang itulah rutin keja makwan.Hari ni hari yang kurang baik bagi makwan tokaki jatuh tiba2 dah tak boleh bangun bedeeh juga makwan mengangkatnya naik kekerusi roda maklumlah berat 68kg sedangkan makwan 40kg nasib ada kerusi roda nak membawak masuk bila dah letak dikatil termenung makwan memikir nak menjaganya...dalam makwan sibuk memikir sambil melayan cucu nak memasak lagi tiba2.....sebuah wira merah memakai no plat singapura berhenti depan rumah,,,, lagi kelamkabut mak wan TETAMU DARI JAUH SAMPAI baru semalam makwan sebut2 dengan anak2 esok munkin makteh singapura balik sebab makngah buat kenduri kawin kedua2nya sepupu makwan, hilang susah hati makwan sekejap TAPIII!!!!!!!!! TETAMU YANG SATU TU TAK BALIK JUGA....sampainya hati dia....bukannya apa saja nak jumpa sebab dah lama tak jumpa...nzk buat macammane....angan2 makwan nak pegi kenduri pun terpaksa dibatalkan juga itulah KITA HANYA MERANCANG YANG MENENTUKAN ADALAH ALLAH dan lagi ingatlah semua anakcucu,sahabat andai, rakan taulan diluar sana apabila KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG dan RANCANGAN ALLAH ADALAH YANG PALING TERBAIK UNTUK KITA.

Isnin, 15 Februari 2010

tenggelam timbul

ASSALAMUALAIKUM apakabo anda seme dah lama betoi tak nulih disini bukan ap a dah ada masalah nak buat gone tp tak pelah yg TENGGELAM DAH TIMBUL balik tu kira oklah.Ari ni rumah makwan meriah sikit maklumlah cuti taun baru walaupun yang raya org cina tp org melayu ni bisalah kita ni kan suka memeriahkan suasana, anak makwan seme ada kt umah kecuali sorang yelah walaupun ramai org amik peluang bila ada cuti balik umah ibubapa ada juga yg sibuk dan tak bpeluang makwan rase sedih jg bila ingat kat dia maklumlah mak ngan anak tentulah rindu klu lma tak jumpa tu makwan doakan mudahan dia sentiasa sehat dan bahgia. Sebut pasal tenggelam timbul ni ada banyak benda yang tenggelam tak boleh timbul contohnya besi tp ade juge benda yang tenggelam boleh timbul macam buah kelapa mula jatuh keair tenggelam pastu timbul tp yang pasti benda timbul payah nak tenggelam nak tau kata cucu makwan lu pikirlah sendiri ...lagi dia kata makwan ni dah tua!! makwan pikir betul jg dah tua maknanya dah nak tenggelam tp selagi makwan daya makwan usaha untuk timbul nak besama ngan anakcucu tp bila dah sampai masa tenggelam tentulah ia tenggelam jg weh pilu pulok bila kenang2kn masa tu tak guna dah weh ingat2lah anakcucuku.MORAL DARI CITA INI INGATLAH MASA MASIH TIMBUL TU AMIKLAH PELUANG NAK BUAT APE2 PUN BILA DAH TENGGELAM NANTI WASSALAM JE LAH....MUDAH2AN JUMPA LAGI