Khamis, 22 April 2010

ZAMAN BERALIH CUACA BERUBAH

Zaman beralih cuaca berubah,Alam bertukar rupa, Lautan munkin jadi daratan, Enam ribu tahun bukannya lama, Hidup ikutlah aliran zaman namun, Akhirat jangan kamu lupakan. Bila kamu menungkah arus, Ingat jaga sampan jangan terbalik, Nyawa dan zuriat harus diurus, Tentukan pendayung sentiasa terbaik, Ilmu dan iman mesti seiring.Andai ribut datang melanda, Hati tabah cekal berani, Mati dan hidup usah diduga, ALLAH sentiasa bersama disisi, Halangan dan rintangan pasti dilepasi

Isnin, 19 April 2010

Dalam duka ada ria

asalamualaikum, lama benor makwan tak masuk alam maya, rindu pulak nak menjengok jendela sahabat2.Apa2 pun terimakasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang masa kena ribut dulu dalam duka adaa ria rianya mak wan kerana masih ada ramai sahabat yang cakna hanya Allah saja yang mampu membalasnya.